CUAI

Secara serta merta terumbang ambing
Tiba-tiba kacau bilau
Nyawaku melayang di bawah gerhana cahaya lampu neon
Fikiran mengamuk hati berkecamuk
Terpekik terlolong

Langkah kau amat licik hinggaku terpedaya
Batinku dipukau oleh sihir di bibirmu

Guna sebelum ia kembali guna
Sebelum tarikh luputnya
Egoku terhina tercicir di pinggir
Laluku tergelincir
Salahkah ku merasa serba salah? Ya?
Salahkah ku bermasalah?

Otak kau memang cerdik
Sungguh terperinci
Batinku dipukau oleh sihir di bibirmu

Untuk seketika kuhilang kawalan diri
Untuk seketika kawalan diri
Untuk seketika
Kuhilang

Untuk seketika kuhilang kawalan diri
Untuk seketika kawalan diri
Untuk seketika
Kuhilang

Untuk seketika kuhilang kawalan diri
Untuk seketika kawalan diri
Untuk seketika
Kuhilanggggggggg
hiiiiiilaaaaangggggg....
Aaaa.....

-cuai-Butterfinger-

mmm
cuai,,,
manusia kdg2 cuai.
cuai utk memilih cara hidup
mudah terpengaruh kerana mengikut kata hati dan nafsu.
biarpun sebenarnya kita diberi akal utk berfikir
tetap kita tetap alpa dengan anugerah yang diberikan Allah kepada hambanya.
bila kita ada nama kita takbur.
bila kita ada harta kita bongkak,
dan bila kita bakat dan rupa kita riak,
seolah2 kita lupa yang bahawa anugerah yang telah Allah berikan, mungkin akan ditarik bila-bila masa sahaja.
seolah-olah kita tak tahu bahawa semua yang terjadi dalam duniani adalah ujian Allah untuk menguji sama ada kita beriman denganNya.
tidak sedarkah mereka yang mereka sedang menzalimi bukan sahaja orang lain, tetapi menzalimi diri sendiri..
mmm
ntah r..
Ya Allah
bukakanlah pintu hati umat-umat mu
sesungguhnya kami manusia yang lemah
mudah alpa dengan nafsu dan dogaan hati
perkuatkan hati kami
dan permudahkan urusan kami di dunia dan di akhirat
amin

-MABMB-

No comments:

Post a Comment