Aku tak tahu naper lately ni jiwa aku tak sampai untuk main facebook… Aku lebih suka untuk main blog dan fb plak aku gunakan sebagai media untuk memperkenalkan aku punyer blog… Maybe pasal dah lamer aku ader internet dekat rumah… Hahaha…
Sori ler.. Sebenarnya jiwa aku agak kaco…Aku macam tak keruan sekarang ni dgn life aku… Jiwa aku dah tak sampai untuk bekerja… Dan yang penting sebenarnya aku risau keadaan orang yang aku sayang kerana tadi masa aku call der, aku mendapat tahu yang dia telah terlibat dengan kemalangan di Pontian… Aku agak lega walaupun x hundred percent bila dia cakap dekat aku yang de selamat…. Dan de berjanji dekat aku yang de akan call atau msj aku biler der selamat sampai, tetapi sehingga sekarang kul 12.17 pagi( masa aku menaip blog ni), aku tak dapat sebarang paper berita tentang der..
Aku harap der selamat dan sentiasa selamat dari kejadian buruk ….
Ok sambung cerita tentang aku…. Aku ni sebenarnya adalah peminat muzik altenatif, punk rock dan ader ler ckit 2 lagu metal dan hardcore yang aku layan… kejap…yang sebenarnya ,aku ni universal cikit, sebab hamper semua lagu aku layan dangdut, Hindustan, tapi jiwa aku lebih terarah kepada band-band indie seperti grey sky morning, twickheads dan bunkface manakala band- band luar plak aku agak gemar utk dengar lagu dari band the stroke, the killers, MCR, Muse dan ader ler 2atau 3 lagu dari band luar yang aku layan….
Mungkin ada orang tahu yang aku ni pernah main band… Tapi bagi aku band yang aku join dulu dah x complete sejak aku bergaduh dengan group aku punyer bassist…Dan yang paling aku kecewa sebenarnya adalah punca pergaduhan aku dengan bassist aku tu bg sesetengah orang agak kecil untuk dijadikan isu sampai band aku ni boleh berpecah belah dan yang paling tak dapat masuk oleh akal adalah bassist tu merupakan salah seorang kawan baik aku yang aku kenal baik dari kecil, pergi sekolah sesama2... Memang tak dapat diterima oleh akal kan…
MMMM…
Sebelum aku akan terus melalut lagi, baik aku tamatkan sahaja aku punyer blog… Tapi sebelum aku nak tangguhkan dulu aku punyer cerita ni, aku nak tunjukkan korang dengan lagu yang aku wat dan tunjukkan dekat member aku dangan alasan aku wat lagu ni utk band… Padahal aku wat untuk awek aku… Pergh… Jaga air muka beb… Hahahaha… Jadi korang akan faham ler kenapa lagu ni agak mendayu-dayu sikit yea… Hahahahaha…
JAUH
Kau jauh dari mataku
Bisakah ku mendampingi mu
Kernaku hampir mati merindumui selalu
Cinta kita unik dimata...
Hanya mampu ku berbicara...
Hati ku meronta memohon untuk berjumpa...
Bisakah dirimu menunggu diriku...
Kerna ku terbaik untukmu…
Katakan sayang hanya aku di hatimu selalu...
Kerna cintaku hanya untuk mu….
Ps:- lagu ni memang pasal aku dengan awek aku pun…hahahaha….
No comments:
Post a Comment