Download,Download,Download

unifi adalah satu Servis Broadband yg terbaik di Malaysia yang pernah ditawarkan kepada pihak pelanggan... Anda pernah mencubanya??? Kalau anda kaki download, online gamers, ini adalah yg terbaik untuk anda. Kalau anda tak percaya, anda boleh mencubanya di kawasan yg dah ada unifi seperti di TMPoint sendiri... terbaik giler tambah2 kalau anda memakai 20mbps

Selamat Hari Raya

Salam Semua... agak lama yuk aku tak update blog aku.. dari pertengahan bulan puasa sehingga hujung syawal.... baru betul2 raya kan... Wah,, hahahaha sebenarnye aku memang tak tahu nak taip aper... sajer jer aku nak panaskan jari aku yg memang dah lamer tak menaip dlm blog.. so to all... walaupun aku tahu yg per yg aku wish ni dah lewat, tp aku still nak wish gak Selamat Hari Raya.. kiter kan raya sebulan... bak sini duit raya... to be continued.....

tetiba

hari tetiba aku nerves. mana tak nyer, tetiba jer ader awek ajak aku berbuka puasa sekali, yang kali terakhir aku lakukan dengan x girlfriends aku masa tahun 2008. yang aku nerves adalah ni first time aku akan jumpa dia. sebelum ni chat dekat fb jer n msj dkt dlm hand phone tu pun kadang2 jer. memang x prnh berjumpa sekali pon. aku tak tahu sama ada dia ni serius ker x atau just memain. tu yang aku jadi nerves sesangat nih. yer der mmg agk comel. aku tak nafikan. tapi aku tetap rasa pelik

by the way aku tetap aka kuar juga harini n aku nak tgk per jadi tuk perjumpaan kali nih...

tentang tentang

hallo.... Aku skrg ni sebenarnya nak citer tentang aku jer. Aku sebenarnya anak sulung dari 5 adik beradik. Masih single dan mencari teman yang sesuai utk jiwa aku. Pernah frust menonggeng pasal seorang perempuan. Hahaha. Xkisah ler. Tu citer dulu. Skrg ni aku steady dah.

Aku sekarang ni bekerja sebagai customer service(CS) utk sebuah syarikat telekomunikasi teekemuka di malaysia. Kerja sebagai customer service ni bukan senang sebenarnya. Customer service ni bagaikan pelayan utk sebuah restoran. Aper yang customer mintak kiter amik order dan hantar ke chef di belakang. Sama ler kerja sbgi CS ni. Kami akan ambil order dan buat order dan submit untuk teknikal melakukan tugas teknikal. Kalau masalah berkaitan pembayaran plak, kitorang akan wat aduan dan bg bhgian finance untuk investigate. Semua tu sebenarnya amik masa tp xderlah smpi 4 hingga 5 bulan kan.

Tp bagi aku, aku xkisah menjadi CS ni psl CS ni menarik. Kiter leh jumpa ramai customer yang bermacam2 perangai dan karenah. Itu lumrah hidup seorg CS. Yg penting kiter kener sabar jer dan berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut. Adat ler kalau customer marah2. Tp kiter usahakan gak untuk settlekan masalah dia. Customer mengamuk bila ader masalah, tp bila kita selesaikan masalh der xder plak minx maaf dkt kiter even prob tu ukan kita yg lakukan. Xper lah. Aku xprnh mengharap paper pon kalau aku berjaya settlekan maslah customer. Yg aku harap cust akan trs enjoy dengan service yg kami bg. Itu jer. :p

sambung balik citer tentang aku. Aku ni berjiwa seni. Hahahaha. Seni lah sgt. Aku sebenarnya pernah join satu band yg memang x terkenal pon. Coz band kitorg byk main cover song dari band lain. Baru beberapa kali join gig dan battle of the band, tp xkemana pon. Aku seorg penulis lagu utk band ni, tp semua lagu tu direject kerana x sesuai utk undergrown katernya. Hahahaha. Lirik lagu tu ader dlm blog ni. Tajuk lagu nya jauh. Itu lagu terakhir yg aku cipta utk band aku sebelum kami berpecah kerana jauh,komitmen dan masa.

Ok lah kengkawan. Aku nak tdo dulu. Smbung esok k.

Aku dan Chatting

sebenarnya jauh didalam hati, aku mula rasa hati berbunga. biarpun x mekar tapi tetap berbunga, aku rs yang aku dah hampir menemui sesuatu yang dekat dengan hati aku.

Terus terang, aku tak pernah berjumpa dgn der, bercakap dengan der, cuma kami just chatting online jer,,, tapi aku terhibur apabila aku berpeluang chatting dengan dia.
Aku kenal der aku pada masa tu x berpuas hati dgn P1 yg slow cam gampang. Tapi der plak leh backup P1. Aku senyao jer smpi satu hari akuplak nmpk der komen x berpuas hati dengan P1. Hahahahah. Aku bekejer di Sebuah syarikat terbesar telekomunikasi Malaysia. Jadi aku tahu ler. hahahahahaha.

Last2 kitorang baik jer chatting dgn dia sekarang. by the way seronok dpt kenal awak.

Bekerja Dengan Perasaan Mengantuk

hari ni aku tak tau naper aku rasa cam aku ni tgh stone + lemau jer. Aper yang aku cakap dkt customer macam melayang2 jer tanpa hala tuju. Cam xsmpi jer. hahahha. Ni lah cabaran kejer sebagai customer service. Letih camner pun,nak tak nak kena cakap gak. Dan yang penting bagaimana cara kau bercakap untuk nak bagi customer tu dengar aper yg kiter ckp. Aper yg ko nak ckp utk nak bagi customer yakin dengan ko...

Aku ni bukan terbaik sgt dalam customer service tapi ader lah jugak sifat nak menolong selahi termampu dan sudi mendengar masalah orang. Aku suka bila idea yang aku bagi untuk customer de pakai untuk solve masalah der. Hahahaha

Sebenatnya aku ngantuk. aku dah tido skjp tadi, lega gila bila dpt rehat walaupun stgh jam.

Selamat Berpuasa :)

semalam dah start puasa kan,, so korang puasa ?? hahahaha... ini hari pertama aku berpuasa, aku seronok sesangat,,, seronok naper??? pasal aku bercuti. Tapi cuti pon aku cam banyak jer aktiviti yang aku buat.. melawat TMpoint Kajang dan Pandan Indah, sempat gak aku sekodeng bebudak aku yg tgh pujuk customer supaya tak potong streamyx.. hahahaha...

aku tersenyum jer tgk aween yg tertiba pki tudung..by the way she look nice and comel jer...aku sebenarnyer datang dkt situ sekejap jer... tapi leh terlepak lamer plak... lepak dgn boy, aween dan ayahanda abang nizam... hahahaha nak tahu naper aku panggil abg nizam, cuber korang check balik blog aku yang sebelum nih...

ko memang gebom

wahahhahhahahaloha

hahaha.. hari hampir ssebulan aku bekerja dkt tmpoint cyber... mula2 aku ingat x best pasal tidak ramai lelaki... skali best ler plak... wahh.. masuk air jer staff diorang nih.... xlarat plak aku nak glak jer,,,, hahahha

Cyber ker Kajang..

hari ni masuk minggu kedua aku berada jauh dari TMpoint Kajang... Agak terbaik... tp lagi terbaik kalau aku berada di TMpoint Kajang... Aku boleh bergurau dgn semua orang dekat sana... Staff sini ok... Tp bagi aku Kajang terbaik..

Kredit for En. Haizi yang menasihati aku utk terus bekerjaya biarpun jauh dari TMPoint ,Kajang... Aku awal2 tu x bersemangat jer... Tak tau nak citer dgn saper... Ader gf tapi rasa cam xder... Nasib baik bos aku tu agak memahami... Memberi nasihat dan memberi pendapat dan idea yang bernas...

Bersih, Patriot Dan Perkasa

halohaa...

Semalam aku pergi ler kenduri kahwin dkt dalam kes polis yang aku tinggal... Kem Polis Batalion 4 PGA Semenyih.. aku pergi dlm kul 1 ler camtu... Sampai2 apahal x ramai org??? Jadi aku musykil... Aku tanyer r bapa kepada pengantin tu, bapa tu ckp nak wat camner, selalunyer yg datang ke kenduri tu kebanyakan anggota dan family dan ader lah tetamu luar...Ok... Aku paham... patutlah nmpk x meriah...

Pastu time aku nak amik nasi, bersemangat aku nak amik nasi minyak, xder???... Err,Cik Mah, nasi minyak xder ker??? Cik Mah tu selamba cakap... nak watcamner... xder anggota lelaki yang nak masak nasik minyak... semua anggota lelaki terpasksa standby utk perhimpunan haram tu sejak 2,3 hari yang lalu..owh.. yea ker... kesian keluarga pengantin... patut ler muka agak sedih jer..

Sebenarnya bagi aku, aku tak kisah ler korang nak bagi memorandum, korang nak berarak ker, aku tak kisah... Aku nampak ader gak kebaikan dalam apa yang korang mintak tu selagi benda yang korang mintak tu tak akan mempengaruhi mahupun mengganggu kestabilan dalam negara kta.... cuber bayangkan org yang dah plan nak wat kenduri kahwin, berjalan dengan family... anggota pula yang nak berehat bersama anak dan bini....

Ntah lah.. untuk pengetahuan koarang aku ni tak akan terlibat dengan memana aktiviti macam ni, tak kisah ler untuk sekolah (mgkn join jugak lak kalau terpaksa :p ), apatah lagi kalau semua ni berkaitan dgn politik.. lagi aku malas nak datang... lebih baikaku duk umah layan main game ker,baca berita ker,dengar lagu ker, sebenarnya aku rasa banyak benda yang korang boleh nak wat...

Dan sekarang, kalau aku buka fb plak, gaduh saner sini... adohai... bosan dowh,,, KALAU LAH aku ni bukan orang Malaysia n aku menjadi dalang untuk huru harakan Malaysia, aku dah gelak siap bergolek2 dah pasal aku dah berjaya memecah belah kan bukan KAUM, tapi aku dah berjaya memecah berlahkan BANGSA MELAYU...


Fikir-fikirkan lah,,,